Want your
own Fotopage?






















 
yullina's FotoPage
copy this
By: yullina kamarudin

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  >  >>]    [Archive]
Sunday, 31-Aug-2008 17:17 Email | Share | | Bookmark
Selamat Berpuasa

Ni Salad Campur Untuk Ina
Ayam Kicap
Assalamualaikum...Kepada semua kekawan di alam maya....Ina ingin mengucapkan selamat berpuasa dan Maaf Zahir Batin selama kita ber kenalan ina ada menyinggung mana-mana hati kekawan..semoga persahabatan kekal Abadi...So meh saksikan Cadangan Menu Untuk Bersahur esok Hari......



SELAMAT BERPUASA DARI ZAI DAN HUBBY
Wed 3-Sep-2008 22:43
Posted by:zai KuLiM zbintim@yahoo.com.my  - [Link]
ina...sue pun mintak maaf yer klu ada terkasar kata dlm bertenet ni...
teruskan memasak yer...
Thu 4-Sep-2008 00:31
Posted by:~::MaMa aLYa-suE::~ saveme_zero@yahoo.com
Selamat berpuasa & berbuka & bersahur...
sedap nye nampak ni!
Bulan posa la pulak
Thu 4-Sep-2008 15:59
Posted by:sue cute  - [Link]
View all 7 comments Add comment


Thursday, 21-Aug-2008 15:06 Email | Share | | Bookmark
Sarapan pagi

ssalamualaikum
hari ni tak de apa nak cerita ...cuma nak share gambar sarapan pagi dan kek Tiramisu yang di buat untuk irfana...so meh la cuci mata dengan makanan -makan yg ina masak

Sarapan orang Ma.....las

Demam Tiramisu....Kat sini org pakistan tengah kemaruk makan tiramisu je.....Tak de kek lain yg diorder kalau tak kek ni....

Bubur Putih Merah (biasanya mama masak kat kg bila ada berita baik)

Bingka roti kak Liza

Ayam Kari Campak-campak

En.SarDin

Salam Akak...dikesempatan nih kite nak ucapkan
Salam Merdeka...
Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak...
Pohon Maaf Andai Ada Silap n Salah...Terkasar Bhs n Sewaktunya...
Zero-zero ya....
Moga Ramadhan Kali ini Lebih Bermakna Buat Kita Semua...amin...
Sun 31-Aug-2008 00:56
Posted by:aishah@ummiaqil  - [Link]
ina nih mmg rajin gler la...
papepun nak ucap selamat berpuasa...
Sun 31-Aug-2008 14:26
Posted by:aSk  - [Link]
ina. bila lah nk merasa tiramisu ina ni. bila nk balik mesia? saya nk oder lah
encik sardin tu menggugat keimanan betoi
Mon 1-Sep-2008 12:38
Posted by:norsham ~ mommy sofie  - [Link]
View all 17 comments Add comment


Tuesday, 19-Aug-2008 10:35 Email | Share | | Bookmark
Bye...Bye...Nenek n Atuk...

Salam...Ni Breakfast Pagi ni...Ina cuma buat Nasi Goreng Pecal dan ina tepek sekali gambar kedua ibu bapa ina yg telah selamat sampai ke Malaysia pada hari selasa lepas.Seperti biasa Aida akan menangis setiap kali terkenang waktu-waktu indah semasa bermain dengan atuk dan neneknya......Ada satu masa tu tetiba je dia menyorok kat bawah selimut sambil teresak-esak menangis...ina pun tanya kat dia Kenapa???????Dia cakap i want nenek......nasib baik mama ada tinggalkan tudung dan kainya jadi dua benda tu la diseret kehulur-kehilir....dia cakap ngan adik dia kalau you rindu kat nenek Dani...kiss nenek scarf ok.....ina pun duk gelak jela dalam hati.Nak di ikutkan hati ina pun sedih tapi sebab Aida dah nangis ina tak jadi la nak sedih...... kalau dua-dua sedih peningla pulak bapaknya...

Gambar aida ngan dania kat Birmingham Airport

Sarapan pagi Nasi goreng Sambal pecal

Makan tengahari Rojak Ayam

salam my lurvely sis..hope u r fine..amboi..mcmne my sis x comel..
Mon 25-Aug-2008 13:50
Posted by:leeya_gem leeya_gem@yahoo.com
ina...effa pun sedey gak, mak abah effa baru balik smlm..huhu!! ina xnangis coz aida dh nangis..effa pulak terbalik hahaha..!! sory..lupe return call ina aritu...
Mon 25-Aug-2008 20:29
Posted by:effaglasgow
Selamat berpuasa..Maaf zahir batin
Sun 31-Aug-2008 06:23
Posted by:umieaisyah  - [Link]
View all 10 comments Add comment


Thursday, 14-Aug-2008 10:10 Email | Share | | Bookmark
Selamat Hari Lahir Sarah Aida ( 4 Tahun) 10.08.2008

Assalamualaikum
Minggu ahad lepas genapla umur Aida 4 Tahun ,dan ina tak de buat majlis besar-besaran cuma doa selamat keluarga terdekat dan acara makan tengahari.Semoga Aida menjadi anak yang solehah dan di berikan akal fikiran yang bijak dan dirahmati Dunia dan Akhirat..so saksikan menu makan tengahari dan gambar kek Coklat kegemaran aida..













Moist chocolate Cake > sumber Nina..TQ nina ...
Bahan-Bahan:

1 cawan serbuk koko
1cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1cawan minyak masak
1/2 cawan susu pekat manis
1 1/4 cawan tepung gandum (nina guna 2 cawan penuh)
1tsp baking powder
1 tsp soda bicarbonate
3 biji telur

Cara :

Campur koko,gula,susu cair,susu pekat manis dan minyak ke dlm periuk dan masak sebentar atas api kecil sehingga semua larut.Tepung,soda dan baking powder di ayak satu. Telur dipukul kembang dan dicampur dng campuran koko tadi.Gaul rata dan capur tepung. Gaul sebati dan tuang dalam acuan dan jangan sampai penuh sebab nanti adunan naik. Tutup acuan dgn aluminium foil agar tidak masuk wap (nina tutup guna kain napkin anak je....tp dijamin bersih)....Kukus selama 1 jam baru angkat dan sejuk kan
Chocolate Ganache
300 gm cooking chocolate
100 gm whippping cream

Panaskan whipping cream hingga mendidih. Angkat. Coklat yg telah dipotong tadi dimasukkan ke dalam cream dan kacau hingga hancur..

hepi belated beday ye Aida...wow...besor kek coklat tu...nyum!!
Mon 18-Aug-2008 07:00
Posted by:bibu@wilda caw582@yahoo.com  - [Link]
Happy belated birthday to Sarah Aida..semoga menjadi anak yg pintar dan
cerdik juga anak yg soleha.
Mon 18-Aug-2008 08:09
Posted by:nur  - [Link]
yuhu....hellooooo my cute bucuk ateh,aida..hepi blated besday..may Allah bless you..windu kt atuk n nenek ea..alooo..just ask ur mummy n daddy come 2 malaysia..ok..c u soon...muahmuah..Da..
Mon 25-Aug-2008 14:01
Posted by:leeya_gem leeya_gem@yahoo.com
View all 19 comments Add comment


Monday, 11-Aug-2008 07:29 Email | Share | | Bookmark
Safari Park

 
Salam
Bawa Aida jejalan ke Safari Park....Seronok dia melawat binatang....








bg lembu makan? kat sini anak dara saya selalu bg kambing makan daun pisang. sbb ada kandang kambing dekat rumah ni. haha!
Wed 13-Aug-2008 12:45
Posted by:norsham ~ mommy sofie  - [Link]
best nyer..... oleh tengok pak rimau tu real kan...
deer tu cute la
Thu 14-Aug-2008 02:53
Posted by:rinzura rinz_zura@yahoo.com  - [Link]
best nya bila dapat jumpa secara live semua haiwan2 liar macam tu...yg paling ct suka camel tu...teringat masa gi mekah dulu hehehe
Thu 14-Aug-2008 04:26
Posted by:cinta(ct) cintasatu_78@yahoo.com  - [Link]
View all 6 comments Add comment


Friday, 8-Aug-2008 16:22 Email | Share | | Bookmark
Court Farm and Leisure

 
Salam
Gambar kat bawah ni gambar sewaktu kami melawat kebun buah di Court Farm and Leisure....memang berbaloi pergi kebun buah ni.Terletak 1 jam setengah dari Birmingham.Jadi sesiapa yang berminat bolehla pergi melawat......geram tengok buah-buah yang masak ranum ...apa lagi enjoy the pictures.....










Aida dengan keldainya....

jmpa jugak akhirnyer...
byk ker picking ari tu?
Tue 12-Aug-2008 12:24
Posted by:ibu@zam
Haa...ini yang tak boleh tgk nih...jeles le...bawa mak abah sekali ke..bestnya..
Tue 12-Aug-2008 12:31
Posted by:amal5041.fotopages.com amalhayati68@gmail.com  - [Link]
inaaaaaaaaaaaaaaa! kejelesan melanda diriku tatkala melihat dirimu memetik buah² ittew. wah! bahasa! haha!
yg bwh skali tu buah apa ina? nk kata apple, rendah sgt pokok dia. buah plum yg blom masak ka?
Wed 13-Aug-2008 12:44
Posted by:norsham ~ mommy sofie  - [Link]
View all 9 comments Add comment


Sunday, 27-Jul-2008 17:04 Email | Share | | Bookmark
Hari Terakhir Aida di Sekolah.....

Assalamualaikum....
Kepada kekawan di serata benua...apa khabar semua ,ina doakan semoga semua kekawan sihat dan sentiasa dalam lindungan Allah.Ina sefamily sihat adanya....terlampau banyak perkara yang berlaku sampai tak sempat ina nak singgah ke rumah kekawan...mungkin lepas ni bolehla ina buat kunjung balas.kepada kekawan yang sudi berkunjung terima kasih atas kesudian anda.....semoga persahabatan kekal abadi.kat sini ina nak tepek gambar anak dara ina semasa penyampaian sijil.

Kek Coklat tiga suku

Aida dengan cikgunya


cuti gi mana Yullina.... ? Lama tak update, busy ke ?
Tue 5-Aug-2008 15:26
Posted by:Niza et Sofia a Londres  - [Link]
tumpang iklan ye... TQ.

Tshirt Muslimah for sale.
****************************
Silalah jenguk:
http://synchrosynergy.freehostia.com/tshirt.html

******************************************************
Wed 6-Aug-2008 04:21
Posted by:ummi zufayri  - [Link]
wah dah konvo yer...tahniah dari aunty di malaysia pss....kek tu nampak sedap la hehehe
Wed 6-Aug-2008 08:00
Posted by:cinta(ct) cintasatu_78@yahoo.com  - [Link]
View all 22 comments Add comment


Friday, 25-Jul-2008 07:37 Email | Share | | Bookmark
Creamy Chicken Mushroom Soup



Ingredients:
1 lb fresh mushrooms, sliced
1 cup low-fat milk
2 (14 1/2ounce) cans reduced-sodium chicken broth
1/4 teaspoon browning sauce
5 tablespoons all-purpose flour
1/8 teaspoon black pepper
1/2 teaspoon onion powder

Preparation:
1. Coat a soup pot with nonstick cooking spray; add the sliced mushrooms and saute over high heat for about 4-5 minutes (or until soft), stirring frequently.
2. Add the chicken broth, pepper and onion powder; bring to a boil, then reduce the heat to medium-low.
3. In a small bowl, mix the flour and milk until smooth; gradually add to the soup, stirring constantly.
4. Stir in the browning sauce and seasoning; simmer for 5 more minutes (or until thickened).




mushroom soup. selalu either mkn kat pizza hut atau beli yg dlm can tu ja. x penah pulak buat sniri. klo cicah dgn roti mmg shidap ni
lama x update. ina bz ker? harap² ina sekeluarga sihat² semua
Sat 26-Jul-2008 11:39
Posted by:norsham ~ mommy sofie  - [Link]
Puas ku tunggu entry terbaru...resepi je ka..gambarnye mana....
Sun 27-Jul-2008 06:58
Posted by:amal5041 amalhayati68@gmail.com  - [Link]
salam.. 1st time rasanya kesini..
suka aa fp ado makanan nie... ada menu...
kalu kita try mintak halal ye ilmunya..
Mon 28-Jul-2008 11:30
Posted by:watie  - [Link]
View all 5 comments Add comment


Wednesday, 9-Jul-2008 20:30 Email | Share | | Bookmark
Apa Khabar Semua

Assalamualaikum
kepada semua kawan-kawan semoga semua berada didalam keadaan sihat di bawah payungan Allah swt, Hari ini ina masak sup ayam dan sambal kicap.untuk pencuci mulut ina buat Tiramisu.Ina buat dua bekas satu untuk rumah dan satu lagi untuk kawan depan umah ada majlis ta'alim esok.Nak cerita tentang semalam,nak gelak pun ada tapi punya la kalut sebab dari malam menyiapkan tempahan Biskut dan kek dari kawan tapi setelah semua selesai syukur lega rasanya.Tup tup jam dah menunjukkan jam 4 pagi.....ya allah tak sedar betul patutla kepala sedikit berat ...selesai kemas naik kat bilik baru nak terlelap daani menangis nak menyusu......selesai semua barula dapat zzzzzzzzzzz .Ina buat Biskut ALmond London,Biskut Tart Nenas,Biskut Mazola,Kek buah,carrot cake,tiramisu......Ada cerita lucu disebalik tabir...nak tahu semua kek memang dah siap dibakar tinggal letak ising je...akan tetapi bila tang nak menulis kat atas kek tula cabaran yang paling ina takut.....memula ina siapkan carrot cake tapi kali ni ina letak warna pink sebagai boder...bila dah siap menghias boder nampak comot...jadi tak jadi letak border.....lepas tu cuba nak buat tulisan dan corak pakai coklat yang dicairkan tapi tak menjadi jugak.kenapa la semuanya tak menjadi......so hubby ajak gi tesco pergi beli tulisan segera kat sana.....dalam hati terdetik ada satu kek lagi yg belum di bubuh ising sempat ke sebab pelanggan nak ambil pukul 7 petang,tapi bila en hubby dah ajak ina pun get set and go je la....balik rumah siapkan tiramisu.....bila dah bubuh cheese cream rasanya cair sanggat dan tak melekat kat kek dah godek punya godek patah pulak kek tu ...ya allah jam dah menunjukkan pukul 6-30 kalau nak masak sebiji kek lagi mana sempat....fikir-fikir balik boleh masukkan kat dalam bekas kaca je...tu pun tak sempat nak tulis apa-apa....apa-apa pun ina nak ucapkan terima kasih daun keladi pada semua pelanggan (Atiah,Zam dan En Awang,Mummy Saat,Babbu dan Kelly)






Dan buat yang terakhir Ucapan SELAMAT HARI LAHIR BUAT ZAM@IBU,NADIA@CUMIL,KELLY DAN SAAT DADDY Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki....Amin
ops sorry gambar kek yang lain tak dan nak ambil gambar sebab kepala dah berserabut sanggat...

Salam,

Kagum dgn you. Cuma nak tanya, macam mana you buat tiramisu boleh letak
atas paper plate sahaja? You pakai Boudoir fingers or buat cake sponge?
Terima kasih kalau you dapat membalasnya.
Thu 24-Jul-2008 16:37
Posted by:Na k.azrina@gmail.com
ina, just nk inform...ibu@zam slamat melahirkan baby girl kt city hospital td kol 2.05 ptg...!!dua2 sihat..!! tu jer..babai...!! slamat macaakkkk...!!
Thu 24-Jul-2008 17:37
Posted by:effaglasgow
sedapnyaaaaa tiramisu.....rajinnyaaaaaa akak masak.... moga murah rezeki,,,,
Sat 26-Jul-2008 08:08
Posted by:Wa  - [Link]
View all 33 comments Add comment


Sunday, 6-Jul-2008 15:49 Email | Share | | Bookmark
Helper Wanted for event (16-20.7.2008)

Assalamualaikum
kepada semua kekawan yang duduk di birmingham atau sekitarnya ina ada peluang pekerjaan untuk membantu ina di satu majlis pada tarikh yang ina nyatakan diatas.Syaratnya mesti tahu serba sedikit tentang catering service,Kepada sesiapa yang berminat sila contact ina di 07792442016 atau email ina di yullinafirdous@yahoo.co.uk.Sekian terima kasih...


Kuih Ketayap

Ayam Palembang

Biskut Raya



Kepada sahabat alam maya ni maaf sebab dah lama ina menyepikan diri...sebenarnya ina sibuk sikit kebelakangan ni ..insyaallah setelah semua selesai ina akan kembali aktif seperti biasa....semoga kita berjumpa lagi dan terima kasih kerana sudi mengunjungi teratak ina.....Bersama-sama ini ina nak ucapkan jutaan terima kasih kepada yatie,effa,ibu@zam ,irfana,Babbu,farah,lin,adawiyah dan kawan-kawan yang lain di luar sana kerana sudi berlanggan dan terus memberi pendorong untuk ina teruskan perniagaan kecil-kecilan ina ini....sekian wassalam.

Saya boleh bantu? hehehe..Mak oii....besaq nya kuih ketayap , Good luck buddy!
Wed 9-Jul-2008 19:53
Posted by:Web Sutera hizamlusi@myjaring.net  - [Link]
Saya boleh bantu? hehehe..Mak oii....besaq nya kuih ketayap , Good luck buddy!
http://themakan.blogspot.com
Wed 9-Jul-2008 19:53
Posted by:Web Sutera hizamlusi@myjaring.net  - [Link]
aduh.. sedapnya ayam perlembang tu... biskut² pun sedap sedap
Tue 22-Jul-2008 02:49
Posted by:rinzura rinz_zura@yahoo.com  - [Link]
View all 12 comments Add comment


[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.